Tuesday, December 16, 2008

PENYERTAAN NORTH BORNEO (SABAH ) DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA HARAPAN KECUNDANG

Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, dengan penyertaan Sabah ( North Borneo ) Sarawak dan Singapura. Pemimpin Negeri Sabah ketika itu mengharapkan, penduduk North Borneo bebas daripada belengu Penjajah British, harapan ini digambarkan dalam ucapan Tun Mustapha Selaku Ketua Negera Berpelambagaan pada 16 September 1963 "...I offer my thanks for your prensence today to witness the celebration of our Nationhood and birth of Sabah as Independent and Soverreigin State through Malaysia...."

Sedihnya hasrat dan harapan hanya tinggal harapan umpama pepatah melayu " keluar dari mulut naga masuk ke dalam mulut buaya " perjanjian 20 perkara yang dipersetujui sebagai Jaminan hak-hak rakyat sabah dipinda dan dihakis secara perlahan-lahan oleh pemimpin-pemimpin persekutuan, berselindung pada perlembagaan persekutuan, Contoh terbaik penafian hak Rakyat Sabah ialah undang-undang Anti Lompat yang di luluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah, semasa pemerintahan Parti Bersatu sabah ( PBS ) yang dicabar oleh Tun Datu Hj. Mustapha di mahkamah walaupun Negeri Sabah mempunyai hak menentukan Perlembagaan Sendiri, Namun Perlembagaan Persekutuan mengatasi segala-galanya " Mana-mana Perlembagaan Negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah batal dan tidak sah " maka undang-undang tersebut telah di isthiarkan Batal dan tidak sah. Adalah tidak mustahil ordinan tanah dan lain-lain lagi termasuk kutipan hasil juga dicabar di Mahkamah, dan ordinan-ordinan tersebut dibatalkan sekiranya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

No comments: