Tuesday, December 16, 2008

PTI MENDAPAT MENAFAAT KEMASUKAN UMNO KESABAH ?

Pengisthiaran oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bahawa Undang-Undang Anti Lompat yang diluluskan di Dewan Undangan Negeri Sabah semasa pemerintahan PBS, batal dan tidak sah kerana bertentangan dengan PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN telah membolehkan UMNO bertapak kukuh di Sabah, peristiwa ini juga telah membolehkan Datuk Lajim Okim ADUN Beufort dan Rubin Balang ADUN Kemabong ( ketika itu ) menyertai UMNO, PBS kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Joseph Pairin Kitingan Ketua Menteri Sabah menyerahkan kuasa kepada Datuk Sakaran Dandai di Pejabat nya di bangunan Yayasan Tun Mustapha, maka bermulalah pemerintahan UMNO di Negeri Sabah.

UMNO sebenarnya telah lama berhasrat untuk mengembangkan sayap ke Sabah dengan matlamat utama menyelamatkan kedudukan Presiden UMNO Dr. Mahatahir Mohamad setelah menang tipis kepada Tengku Razaleigh Tengku Hamzah dalam pemilihan Pucuk Pimpinan UMNO pada ketika itu, yang menyebabkan Pendaftaran UMNO dibatalkan oleh Pendaftaran Pertubuhan (ROS ), maka wujudlah UMNO Baru dibawah Mahatahir dan Serpihan UMNO Parti semangat 46 dibawah pimpinan Tengku Razaleigh Tengku Hamzah.

Menyedari kedudukannya DR MAHATAHIR ( KINI TUN MAHATAHIR) tidak selamat, pelbagai usaha untuk menambah bilangan cawangan UMNO dan ahli UMNO yang dilihat PRO kepada beliau, DR. Mahatahir akur usaha ini tidak akan berjaya di negeri-negeri Semananjung maka beliau menjadikan Sabah sebagai target, untuk mencapai matlamatnya. Secara kebetulan pada waktu itu Parti Bersatu Sabah ( PBS ) yang diterajui Oleh Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan memerintah negeri Sabah, tidak disenangi oleh DR Mahatahir kerana bertanggung jawab menggulingkan kerajaan BERJAYA dibawah Pimpinan sekutunya Datuk Hariss Salleh. Atas dendam tersebut DR Mahatahir telah mengarahkan pemimpin-pemimpin UMNO pro Mahatahir perlu membuat sesuatu bagi menyingkirkan Datuk Joseph Pairin Kitingan, maka berduyun-duyun pemimpin UMNO datang ke negeri Sabah.
Matlamat utama mereka adalah memujuk pemimpin dan ahli USNO menyertai UMNO dengan menaburkan segala janji.

Yakin dengan janji-janji mereka TUN DATU HJ. MUSTAPHA BIN DATU HARUN, Presiden USNO dengan rela menerima kemasukan UMNO ke Sabah, maka ujudlah beratus cawangan UMNO di Sabah dengan ratusan ribu ahli, dan dipercayai situasi ini telah membuka peluang pendatang tanpa izin ( PTI ) beragama Islam khususnya PTI dari Filifina dan Indonesia memperkukuhkan kedudukan mereka dengan mendaftar sebagai AHLI UMNO dengan menggunakan kad pengenalan palsu dan kad pengenalan PROJEK MAHATAHIR.

Ketika ini dipercayai, ramai PTI mendapat menafaat projek Mahathir, dengan menjawat jawatan tinggi disektor Keselamatan ( PDRM ) Immigration, pensyarah, guru-guru dan pelbagai lagi, dipercayai juga mereka dapat menjawat jawatan-jawatan tersebut akibat kelemahan/kecuaian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA ) yang mengutamakan status “Bangsa Melayu” sebagai tiket utama untuk berkhidmat dalam sektor Perkhidmatan Awam di Malaysia, tanpa mengambilkira latar belakang dan asal usul pemohon.

Dipercayai kenaikan pangkat penjawat awam juga berasaskan kepada konsep “ BANGASA MELAYU ” dengan demikian dimana kedudukan bumiputera Sabah khususnya
“ BUMIPUTERA NON MUSLIM ” pegawai pangkat rendah hingga bersara………….!!. Tuhan saja yang tahu.

PENYERTAAN NORTH BORNEO (SABAH ) DALAM PEMBENTUKAN MALAYSIA HARAPAN KECUNDANG

Malaysia terbentuk pada 16 September 1963, dengan penyertaan Sabah ( North Borneo ) Sarawak dan Singapura. Pemimpin Negeri Sabah ketika itu mengharapkan, penduduk North Borneo bebas daripada belengu Penjajah British, harapan ini digambarkan dalam ucapan Tun Mustapha Selaku Ketua Negera Berpelambagaan pada 16 September 1963 "...I offer my thanks for your prensence today to witness the celebration of our Nationhood and birth of Sabah as Independent and Soverreigin State through Malaysia...."

Sedihnya hasrat dan harapan hanya tinggal harapan umpama pepatah melayu " keluar dari mulut naga masuk ke dalam mulut buaya " perjanjian 20 perkara yang dipersetujui sebagai Jaminan hak-hak rakyat sabah dipinda dan dihakis secara perlahan-lahan oleh pemimpin-pemimpin persekutuan, berselindung pada perlembagaan persekutuan, Contoh terbaik penafian hak Rakyat Sabah ialah undang-undang Anti Lompat yang di luluskan oleh Dewan Undangan Negeri Sabah, semasa pemerintahan Parti Bersatu sabah ( PBS ) yang dicabar oleh Tun Datu Hj. Mustapha di mahkamah walaupun Negeri Sabah mempunyai hak menentukan Perlembagaan Sendiri, Namun Perlembagaan Persekutuan mengatasi segala-galanya " Mana-mana Perlembagaan Negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah batal dan tidak sah " maka undang-undang tersebut telah di isthiarkan Batal dan tidak sah. Adalah tidak mustahil ordinan tanah dan lain-lain lagi termasuk kutipan hasil juga dicabar di Mahkamah, dan ordinan-ordinan tersebut dibatalkan sekiranya bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Friday, December 5, 2008

MYKAD PROJEK DAN MYKAD PALSU

Kebanjiran pendatang asing ( PTI ) Filifina, Indonesia Bangladesh, Cina dan lain-lain negara ke Malaysia khususnya di Sabah, mengambarkan Negara Malaysia merupakan negara yang aman serta mempunyai ekonomi yang stabil, disamping tempat mencari rezeki yang mudah. Himpitan ekonomi yang tidak menentu serta suasana negara mereka yang tidak aman juga menrupakan dorongan PTI untuk datang ke Malaysia.

Kedatangan PTI ke negara ini merupakan ancaman Rakyat Malaysia di Sabah, bukan sahaja pekerjaan di sektor buruh tetapi juga di sektor pendidikan, Jabatan Perkhidmatan Awam, keselamatan dan dalam bidang perniagaan.

Bagaimana ini berlaku adakah ianya atas usaha PTI itu Sendiri atau di restui oleh Orang-orang tertentu ? kalau anda ingin tahu, sila hayati buku "Keadilan untuk Sabah"